Foto: Hiasan
SHAH ALAM: Seorang pelajar tingkatan dua cedera dipercayai akibat ditusuk menggunakan senjata kerambit oleh rakan sekelasnya di sebuah sekolah, di sini, 5 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Sarudin Samah mengesahkan kejadian itu.
Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan.
