ALOR SETAR: Seorang wanita ‘ibu kutu’ yang disyaki terlibat dalam penipuan duit kutu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar esok.
Polis menerima 35 laporan mangsa berusia 23 hingga 53 tahun dengan jumlah kerugian kira-kira RM1.7 juta.
Suami wanita berusia 36 tahun itu pula akan dipanggil sebagai saksi.
Pasangan itu sebelum ini dilaporkan hilang bersama anak lelaki mereka sebelum menyerah diri di IPD Kubang Pasu pada Khamis lepas.
