KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas melakukan siasatan terhadap dakwaan melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
TERIMA PERLETAKAN JAWATAN SUPOL KANAN, SPRM BEBAS JALANKAN SIASATAN
Saya menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.
Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.
Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.
ANWAR IBRAHIM
26 November 2025
