11 cedera termasuk pemandu, bas kilang terbalik

KOTA TINGGI: Seorang pemandu dan 10 penumpang bas pekerja cedera selepas bas kilang dinaiki kemalangan di Kilometer 48 Jalan -Johor Bahru-Mersing, di sini hari Ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 6.15 pagi yang melibatkan bas jenis Hino.

“Siasatan mendapati bas berkenaan yang dipandu lelaki warga emas berusia 75 tahun hilang kawalan sebelum terbabas.

“Pemandu dan 10 penumpang bas berkeaan mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat disiasat di bawah Seksyen 47(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 hingga RM10,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Pesalah juga boleh dibatalkan lesen memandu secara serta-merta.

Beliau meminta sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut diselurkan kepada Pegawai Penyeiasat Muhammad Danial Syafiq Azahari 016-8738498. – Majestic

More From Author

Saring calon SPM elak bawa barang terlarang

Reka cerita dirogol, seks luar tabii takut dimarah ibu