Reka cerita dirogol, seks luar tabii takut dimarah ibu

ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita sanggup mereka cerita kononnya dia dirogol dan dipaksa melakukan seks luar tabii oleh pemandu e-hailing di Kangkar Pulai.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, namun taktik wanita berusia 25 tahun itu terbongkar selepas mengakui perkara itu tidak berlaku dan mengadakan cerita sebagai helah kerana takut dimarahi ibunya kerana pulang lewat ke rumah.

“Polis menerima laporan ‘kejadian’ itu pada pukul 10.27 pagi daripada wanita berkenaan yang mendakwa serangan tersebut berlaku sehari sebelum itu di dalam sebuah kereta di kawasan Jalan Pulai Perdana, Kangkar Pulai.

“Hsil siasatan mendapati pengadu sebenarnya mereka-reka cerita rogol selepas dia dimarahi keluarganya kerana pulang lewat ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Polis mengesahkan insiden yang didakwa tidak pernah berlaku dan pemandu Grab yang disebut tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan jenayah seperti yang dituduh.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat laporan palsu, lebih-lebih lagi membabitkan dakwaan serius seperti rogol

Jelasnya, ini kerana tindakan tidak bertanggugjwab itu boleh menjejaskan siasatan terhadap mangsa sebenar.

Kumarasan berkata, perbuatan membuat laporan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis menegaskan masa dan tenaga penyiasat sepatutnya digerakkan untuk membantu mangsa jenayah sebenar, bukannya terbuang dengan laporan yang dibuat hanya untuk menutup masalah peribadi. – Majestic

More From Author

11 cedera termasuk pemandu, bas kilang terbalik

Janda bawa anak kecil ditangkap khalwat