Syukur dapat jumpa idola saya

KLUANG: Hasrat seorang bekas pelajar Sekolah Tinggi Kluang (STK) untuk mendapatkan tanda tangan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di atas surat tawaran menyertai Asia Youth International Model United Nation ke 22 di Kuala Lumpur pada 21 hingga 24 Ogos depan akhirnya tertunai hari ini.

Siti Nur Aisyah Abdullah, 18, yang sebelum ini gagal menemui idolanya itu ketika program Jom Lepak Orang Muda Johor di Kluang baru-baru ini melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk mendapatkan tanda tangan serta ucapan penghargaan daripada beliau.

“Dakwaan beliau tidak melayani permintaan saya serta sombong dalam satu program di Kluang baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali, malah beliau melayani permintaan saya dengan penuh senyuman hari ini,” katanya selepas berjaya mendapatkan autograf daripada Onn Hafiz usai Majlis Penyerahan Hak Milik Felda Negeri Johor di Dewan Datuk Onn, Rumah Komuniti Sembrong di Taman Sri Lambak, di sini hari ini.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan berita bertajuk “Sedihnya, nak jumpa MB tapi kena halau” yang disiarkan oleh sebuah portal dan dikongsi dalam laman sesawang Facebook berkaitan insiden yang berlaku dalam program Jom Lepak Orang Muda Johor di Kluang. – MAJESTIC

More From Author

Saingan 3 penjuru di DUN Mengkibol?

Datang setahun sekali tetapi mahu jadi calon?