Penghantar barang maut kereta terbabas langgar pokok kelapa sawit

KOTA TINGGI: Seorang wanita penghantar barang maut apabila kereta dipandu terbabas lalu melanggar pokok di Kilometer 2 Jalan Lok Heng-Mawai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, kemalangan yang berlaku pukul 7.45 pagi itu menyebabkan Anna Hanieza Bahari maut.

“Mangsa iaitu wanita tempatan berusia 36 tahun memandu kereta Perodua Axia mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman badan.

“Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MAJESTIC

More From Author

Pegawai polis disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM20,000

Remaja lemas mandi air terjun Gunung Ledang