TANGKAK: Kegembiraan tiga remaja mandi-manda di Air Terjun Gunung Ledang di sini hari ini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan I Fazlan Maraman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan diterima berhubung kejadian tersebut pukul 5.27 petang.
“Setibanya pasukan di lokasi, didapati mangsa Muhammad Zaffran Abu Samah, 15, terjatuh dan lemas.
“Mangsa ditemui orang awam yang menyedari kejadian sebelum anggota bomba tiba dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.
Ujarnya, pasukan operasi bertindak memantau lokasi sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.28 petang.- MAJESTIC
