Penunggang RXZ dicari, bakar mercun atas jalan

SEGAMAT: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang dirakam melakukan aksi berbahaya sambil membakar mercun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M. Nantha berkata, kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 185, Jalan Johor Bahru–Seremban, melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ, pukul 10.30 malam kelmarin.

“Polis memandang serius kejadian ini dan sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan lanjut.

“Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu dengan menghubungi Balai Polis Trafik IPD Segamat di talian 07-9325811,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta membahayakan keselamatan awam.

Rakaman video tular menunjukkan penunggang berkenaan menunggang lsambil membakar mercun dengan percikan api jelas kelihatan di bahagian tangan sebelum dilempar ke jalan.

Aksi berbahaya itu turut mengundang kecaman orang ramai kerana boleh mencetuskan kemalangan.

More From Author

17 termasuk 11 warga Singapura dicekup AKPS di BSI

Harga minyak petrol, diesel terus melonjak