SPRM reman pengurus pertubuhan kemuka dokumen kandungi butir matan palsu tuntutan kira-kira RM1,200

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pengurus sebuah pertubuhan di negeri tersebut kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan bayaran membaiki dan selenggara lori berjumlah kira-kira RM 1,200.

Perintah reman selama lima hari sehingga 26 Julai depan terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar April 2024.

“Suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen tuntutan bayaran kepada sebuah pertubuhan berkaitan membaiki dan selenggara lori milik pertubuhan tersebut sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Majestic

More From Author

Isu Pulau Batu Puteh: Tiada tindakan terhadap Tun M

Tiga maut nahas dua kenderaan dekat Tapah