Saya tolak rasmi kerana mereka tak ada adab – Rafizi

OHOR BAHRU: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan beliau menolak jemputan merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita semalam kerana kedua-dua sayap parti itu tidak beradab dengan melanggar proses dan hierarki parti.

Menurutnya, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak menyangka beliau akan menerima perbuatan tersebut dengan memenuhi jemputan itu

“Setiap organisasi bergantung kepada adab dan hierarki, kepada proses dan prosedur. Jadi, adalah tidak adil apabila perkara itu dibuat untuk ketepikan saya dan menganggap saya terima semuanya.

“Mereka buat pelancaran kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bertindih dengan jadual kempen pemilihan saya agar ahli-ahli tidak hadir. Sedangkan saya Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR.

“Izzah (Nurul Izzah Anwar) dan Amir (Datuk Seri Amirudin Shari) paksa PKR Sabah buat begitu. Bagi saya, itu adalah satu tindakan ‘low blow, ‘below the belt’,” katanya usai menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pemilihan PKR di Hotel Berjaya Waterfront, di sini hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sedia menerima sebarang keputusan pemilihan hari ini, khususnya melibatkan jawatan Timbalan Presiden PKR yang ditandinginya bersama Nurul Izzah.

“Bukan soal menang kalah, tetapi sebarang keputusan saya akan terima. Tidak timbul soal taat kepada parti kerana sesiapa yang kalah akan terus bekerja untuk parti.

“Sebaliknya, intipati perjuangan asas PKR itu perlu dipertahankan, parti ini tertubuh atas kehendak dan gerakan rakyat, jangan sehingga kredibiliti parti dipertikai ahli dan juga masyarakat di luar,” tegasnya.

More From Author

Saya tiada cai – Perdana Menteri Anwar Ibrahim

Rafizi gagal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR