Pegawai Khas EXCO Johor meninggal dunia diserang sakit jantung di Makkah

JOHOR BAHRU: Pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd. Hairi Mad Shah meninggal dunia di Makkah semalam.

Allahyarham Misnan Ahmad, 60 merupakan seorang jemaah Rombongan Haji Kerajaan Johor (RKJ) meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung selepas menerima rawatan di Hospital King Abdul Aziz, Makkah.

“Dengan hati yang amat hiba dan sedih, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah kehilangan seorang pegawai yang amat berdedikasi, Misnan Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan ini,” katanya Mohd. Hairi dalam hantaran di Facebook.

Allahyarham Misnan merupakan jemaah bagi penerbangan KT46 yang menginap di Maktab Bangunan Diary Al Saad, disahkan meninggal dunia pada pukul 7.50 pagi waktu tempatan.
Allahyarham adalah jemaah haji Malaysia yang kelima meninggal dunia di Makkah. – UTUSAN

More From Author

Apakah Zafrul boleh dituntut bayar ganti rugi RM100 juta kerana lompat parti?’ – Puad Zarkashi

PSG tamatkan badi, menjadi juara baharu UCL