Nelayan dikhuatiri lemas di Tanjung Leman

MERSING: Seorang nelayan dikhuatiri lemas semasa menangkap ikan di pantai Tanjung Leman dekat sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Ikmal Hafiz Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 8.36 malam.

Susulan itu seramai lapan anggota dibantu sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah utility dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 69 kilometer.

“Maklumat awal daripada kawan mangsa, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun dikhuatiri lemas semasa menjalankan aktiviti nelayan.

“Operasi masih giat dijalankan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam ini.- MAJESTIC

More From Author

Pengotor dipantau, 1,500 Smart CCTV dipasang di Greater JB

Pemandu mabuk langgar penunggang motosikal direman sehingga Khamis