Jual arak belakang bangunan kedai, rampasan RM75,000

KLUANG; Seorang lelaki betindak menjual arak seludup secara sembunyi di lorong belakang bangunan kedai di Taman Delima di sini bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Namun modus operandi lelaki itu terbongkar apabila diserbu pihak polis, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Kluang menahan lelaki tempatan berusia 30 tahun pada pukul 4.35 petang.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 3,792 botol arak tidak bercukai yang disimpan dalam 158 kotak berwarna kuning.

“Turut dirampas 3,792 botol arak dalam 158 kotak berwarna merah dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM75,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 131(1)(d) Akta Kastam 1967 bagi kesalahan memiliki dan menyimpan arak seludup, jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jelas beliau, suspek turut disiasat bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan kenderaan tanpa lesen sah.

Tambahnya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda denda sehingga RM20,000.- MAJESTIC

More From Author

Budaya Membaca di era AI: Antara kemudahan dan kelesuan minda

Lelaki maut, isteri cedera dalam perjalanan ke Singapura