JOHOR BAHRU: Konvensyen Keadilan Johor yang berlangsung di sini, hari ini, bertukar kecoh apabila tercetus pertikaman lidah secara terbuka antara Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan, dengan Ahli Parlimen Pasir Guda7ng, Hassan Abdul Karim.
Malah, pertelingkahan berlaku ketika Ramanan berucap di atas pentas pada konvensyen yang turut dihadiri Hassan itu, menyebabkan penganjur terpaksa menghentikan siaran langsung program berkenaan secara tiba-tiba, manakala pengamal media diiring keluar dari dewan.
-Advertisement-
Insiden berlaku apabila Hassan mencelah ketika Ramanan sedang berucap, dengan membantah kenyataan yang dianggapnya sebagai menyasarkan individu tertentu.
“Ini adalah konvensyen, bukan tempat untuk menyerang individu!” kata Hassan yang kelihatan kesal sambil diperhatikan oleh perwakilan.
