Pemandu grab didenda RM2,000 tumbuk penunggang motosikal

KULAI: Seorang warga emas didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk seorang penunggang motosikal di Lebuh Putra Utama, Bandar Putra di sini minggu lalu.

Yeoh Ah Chai, 62, mengaku salah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret R. Salini

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia yang merupakan seorang pemandu grab didakwa mendatangkan kecederaan terhadap seorang penunggang motosikal berusia 37 tahun dengan cara menumbuk di bahagian badan pada pukul 5.45 petang, 3 April lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 1 tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, berlaku kejadian himpit menghimpit antara kereta Perodua Alza dipandu OKS dan motosikal ditunggang mangsa, sebelum OKS bertindak keluar kereta dan menendang motosikal mangsa sehingga jatuh.

OKS kemudian turut menumbuk mangsa beberapa kali di bahagian perut sehingga mengakibatkan ‘soft tissue injury’ terhadap mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Weng Hong manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Seay Sean.- MAJESTIC

More From Author

Konvensyen PKR Johor panas, Hassan-Ramanan bettikam lidah

Minyak petrol dan diesel naik lagi