Makan maggi dalam gelap, rupanya pasangan duda janda berkhalwat

KOTA TINGGI: Datang untuk makan maggi dalam gelap?

Rupa-rupanya seorang duda ditahan berkhalwat dengan janda anak dua di sebuah rumah kampung di sini semalam.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu kenyataan memberitahu, serbuan tersebut dilakukan pukul 11.30 malam selepas pihaknya menerima aduan awam.

Aduan tersebut dibuat penduduk kampung selepas melihat motosikal lelaki dan kereta milik janda terbabit diletakkan di pekarangan rumah tersebut.

“Pintu diketuk dan dibuka 5 minit kemudian oleh seorang wanita berbaju t-shirt dan berseluar panjang. Keadaan rumah gelap dan penguat kuasa mengeluarkan lampu suluh untuk melihat keadaan.

“Wanita itu diarahkan pasang lampu di ruang tamu. Penguat kuasa menemui seorang lelaki berbaju t-shirt dan berseluar panjang sedang duduk atas sofa di ruang tamu,” menurut kenyataan itu.

JAINJ memaklumkan, semasa serbuan lelaki berkenaan sedang makan maggi.

Tambah kenyataan itu, penguat kuasa terus memeriksa bilik pertama dan kedua yang diduduki anak-anak wanita tersebut yang pada masa itu kosong.

“Pemeriksaan di bilik utama, disyaki bilik itu adalah tempat mereka berdua tidur. Kelihatan katil, tilam dan cadar berkembur dalam keadaan tilam togel separuh dan cadar dah bergulung ke hujung katil. Selimut pula jatuh bawah katil,” ujar JAINJ.

Jelas kenyataan itu, wanita berkenaan berstatus janda berusia 40-an, mempunyai dua anak berusia belasan tahun yang tinggal bersama-samanya.

“Lelaki pula berstatus duda tiada anak berumur 50-an, tinggal di Kota Tinggi juga. Pengadu memberitahu, kejadian ini telah lama berlaku tetapi mereka tidak mahu terus mengadu kepada penguat kuasa,” jelas kenyataan itu lagi.

Penduduk kampung sebelum ini menurut kenyataan itu, sudah mengambil pendekatan sendiri menasihatkan wanita tersebut tetapi tidak diendahkan sebelum membuat aduan kepada pihak JAINJ.

“Setiap kali wanita ini nak ajak lelaki datang, dia suruh dua anaknya balik ke kampung datuknya atok tidak jauh dari situ. Bukan hari-hari tapi seminggu satu atau dua kali.

“Anak-anaknya tahu perangai buruk ibunya dan tidak berapa suka sangat tinggal di rumah datuknya. Namun terpaksa mengikut kemahuan ibunya,” jelas JAINJ lagi.

Pasangan ditangkap atas kesalahan khalwat Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. – Majestic

More From Author

Cabul ibu tunggal selepas sebulan kenal

Tiga penyamun dicekup