Tiga penyamun dicekup

KLUANG: Tiga lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun di sebuah taman permainan di Taman Delima di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 33 tahun pada pukul 12.50 tengah malam.

“Susulan laporan tersebut, tindakan pantas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang telah berjaya menahan kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 46 tahun.

“Kedua-duanya ditahan selepas melakukan serbuan di sebuah restoran di Taman Intan, pada pukul 1 tengah hari kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dalam serbuat tersebut polis merampas satu telefon bimbit jenis Vivo dianggarkan bernilai RM1,300 milik mangsa.

Tambah Bahrin, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pertama dan kedua mempunyai rekod kesalahan bersabit kes jenayah dan narkotik sementara suspek ketiga tiada rekod.

Bahrin berkata, saringan ujian air kencing semua suspek mendidapati negatif daripada sebarang pengaruh penyalahgunaan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan katanya, jika sabit keslaahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan sebatan.

“Hasil soal siasat, kesemua suspek mengaku terlibat dalam kejadian samun yang dilaporkan dan mereka direman selama tujuh hari mulai semalam hingga Rabu ini bagi membantu siasatan. – Majestic

More From Author

Makan maggi dalam gelap, rupanya pasangan duda janda berkhalwat

Tiga maut, tiga cedera kontena terbakar