GAZA: Ketua Rangkaian Pertubuhan Masyarakat Sivil di Gaza, Amjad Al-Shawwa memberi amaran pada Ahad mengenai peningkatan risiko kebuluran di Semenanjung Gaza susulan penutupan berterusan lintasan Rafah oleh pihak berkuasa Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Beliau menegaskan bahawa ratusan ribuan penduduk, khususnya wanita hamil dan kanak-kanak kini menderita akibat kekurangan zat makanan yang serius.
Al-Shawwa turut berkata, Gaza amat memerlukan kira-kira 300,000 khemah bagi menempatkan keluarga yang hilang tempat tinggal, sementara jumlah trak bantuan yang dibenarkan masuk setiap hari tidak melebihi 300.
Jumlah itu jauh lebih rendah daripada 1,000 trak yang diperlukan bagi memenuhi keperluan asas kemanusiaan dan kehidupan penduduk. – AGENSI
