Wei Chong-Kai Wun juara Malaysia Masters 2025

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No. 8 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menamatkan penantian selama 12 tahun rakyat Malaysia untuk menyaksikan wakil negara menjuarai Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini. 

Dalam perlawanan akhir itu, Wei Chong-Kai Wun mencipta kejutan ke atas gandingan No. 3 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas memenangi juara Asia pada 21-12, 15-21, 21-16 dalam masa 50 minit. 

Kali terakhir beregu lelaki Malaysia menuarai Malaysia Masters ialah pada 2013 menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah.

More From Author

Xiaomi tinggalkan Apple dalam persaingan Peranti Wearable Global, Lapor Canalys

Kerajaan tak zalim, isu pajakan tanah Kg. Melayu Majidee dipermudah – Onn Hafiz