Jangan undi calon yang takut isytihar harta – MUDA

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyeru pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya tidak memilih calon yang takut mengisytiharkan harta.mereka.

Pengarah Pilihan Raya MUDA, Rasid Abu Bakar berkata, pengisytiharan harta penting dalam pilihan raya dan rakyat berhak mengetahuinya.

“Pilihan raya bukan sekadar memilih parti. Ia adalah memilih individu yang akan diberi kuasa mengurus wang rakyat dan membuat keputusan bagi pihak rakyat.

“Sebab itu rakyat berhak mengetahui latar belakang, integriti dan kedudukan kewangan setiap calon sebelum membuat keputusan di peti undi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan MUDA Johor berkata, pengisytiharan harta bukan hukuman kepada calon, sebaliknya merupakan bukti bahawa seseorang calon bersedia dipertanggungjawabkan sejak hari pertama mereka meminta mandat.

Justeru, MUDA telah menetapkan bahawa semua calon parti diwajibkan membuat pengisytiharan harta sebagai syarat pencalonan.

“Kami percaya ketelusan bukan sesuatu yang boleh dirunding atau ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya,” katanya. – MAJESTIC

More From Author

PH perlu perjelas gagal tunai janji lama

Pemuda UMNO dakwa salah guna agensi kerajaan untuk berkempen