AMK perlu keluar daripada stigma negatif – Adam Adli

JOHOR BAHRU: Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) perlu keluar daripada stigma negatif segelintir masyarakat yang menganggap mereka  lsekumpulan ‘pembuat masalah’, sebaliknya mencerna idea untuk menjadi pemimpin masa depan.

Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim berkata, definisi seorang pemimpin muda pada masa kini bukan hanya dengan berani membuat aksi, malah turut menyumbang idea bagi pembangunan negara.

“Kita mahu lari daripada imej yang sering orang kaitkan dengan pergerakan sayap pemuda sebuah parti politik. Dia tidak terhad hanya kepada aksi, malah juga kepada pemikiran dan apa yang ditawarkan sebagai pemimpin. 

“Pemimpin harus tidak hanya berani, malah juga mampu mencerna idea dan memberikan solusi kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui pada Rapat AMK Malaysia 2025 di Hotel Berjaya Waterfront, di sini hari ini.

Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya turut memberitahu, program Rapat AMK itu bertujuan meneruskan tradisi dialog cepat dan pertembungan idea antara kepimpinan muda parti.

“Ahli akar umbi khususnya golongan muda dapat melihat pengisian dan hujahan yang akan dipersembahkan oleh calon-calon Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat yang bertanding,” katanya.

Kongres Nasional PKR yang berlangsung bermula hari ini merupakan himpunan pemilihan terbesar dalam sejarah parti itu sejak  ditubuhkan pada 1999.

More From Author

20 Orang jaga lembu korban Probowo berharga RM18,000

Serang polis dengan parang, penyamun warga asing ditembak mati