Pendaki Malaysia ‘mangsa’ terbaru Rinjani

JAKARTA: Seorang pendaki warga Malaysia menjadi mangsa terbaharu dalam kemalangan di Gunung Rinjani, Indonesia, lapor portal berita Detik News semalam. 

Mangsa mengalami cedera parah termasuk patah tulang pinggul dan luka pada bahagian kepala selepas terjatuh ketika dalam perjalanan menuju ke Danau Segara Anak sekitar pukul 2.20 petang (waktu tempatan).

Dia ditemukan oleh pasukan penyelamat kira-kira 200 meter dari jambatan ke lokasi tumpuan itu. 

Ketua Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR) dikenali sebagai Yarman berkata, beliau mengerahkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat. 

“Maklumat awal menyatakan mangsa masih boleh berjalan walaupun cedera pada kaki dan kepala. 

“Mangsa dipercayai tergelincir lalu kakinya terseliuh, menyebabkan dia sukar untuk melanjutkan perjalanan ke Danau Segara Anak,” kata Yarman. 

Lelaki itu dibawa ke pos kawalan terdekat di Pelawangan 1, demikian menurut Ketua Pasukan Pemindahan Taman Negara Gunung Rinjani, Gede Mastika. – AGENSI
 

More From Author

Buli: 2 pelajar MRSM Besut direman 3 hari

Kerajaan setuju naikkan kadar insentif pembajakan RM160 per hektar per musim