Kesian alpaka tertekan, sedih duduk dalam kafe

PETALING JAYA: Perkongsian seorang pengguna media sosial mengenai seekor alpaka yang diletakkan di sebuah kafe mendapat perhatian ramai apabila ada yang mendakwa haiwan berkenaan sepatutnya berada di kawasan terbuka.

Menerusi video dikongsikan oleh pengguna TikTok @sydhndrh, mamalia tersebut ditempatkan dalam sebuah kafe haiwan dipercayai di Melaka dengan wajah yang kelihatan murung.

Menurutnya, beberapa haiwan lain yang berada di kafe tersebut turut dilihat berada dalam keadaan tidak selesa.

Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan kebimbangan.

“Nampak alpaka ini tertekan dan sedih, ruang sempit, rindu kawan-kawan dan mungkin lapar,” komen @notprettylah
“Kesiannya duduk dekat tempat sempit macam ini. Kita tak boleh buat laporan ke? Aniaya haiwan macam ini tak boleh lah tengok. Duduk atas lantai saja pulak tu,” kata Aina.

“Tengok ini buat saya sedih, normal ke haiwan duduk dalam ini? Tak kan?,” ujar @bougassabby. – KOSMO! ONLINE

More From Author

Dron serang masjid, lebih 70 terkorban ketika solat subuh

Liga Super: JDT mahu lepas geram