Mangsa buli alami gegaran otak kini stabil, dibenarkan pulang

JOHOR BAHRU: Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, yang menjadi mangsa buli sehingga mengalami gegaran otak dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini dalam keadaan stabil dan akan dibenarkan pulang hari ini.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin memaklumkan keadaan murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Universiti 2, di sini masih dalam pemantauan pihak hospital

“Seperti yang telah tular dalam media, adik Izzul Islam merupakan mangsa buli yang berlaku pada 7 Ogos 2025 di SK Taman Universiti 2. Dia telah dipukul oleh seorang murid berumur 12 tahun di hadapan kelas.

“Alhamdulillah, pihak doktor memaklumkan bahawa keadaan adik Izzul Islam tidak serius, namun masih dalam pemantauan rapi. Jika semuanya berjalan lancar, adik Izzul Islam insya-Allah akan dibenarkan pulang ke rumah. Semoga dia segera sembuh dan kembali meneruskan pelajaran dalam keadaan yang lebih baik,” katanya selepas melawat mangsa buli itu di sebuah hospital swasta, di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail @ Md On.

Aznan berkata, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menghulurkan sokongan melalui sesi kaunseling, bantuan psikologi serta kewangan kepada keluarga terbabit.

Dalam kejadian 21 Februari lalu, mangsa didakwa dipukul, dihentak kepala serta dipaksa bogel oleh murid darjah enam kerana pelaku tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan kakak mangsa yang menolak cintanya. – Majestic

More From Author

Nilai pasaran Liga M masih ketinggalan

Chelsea buat jualan gudang, lelong sembilan bintang