- Semalam di Dewan Rakyat, saya telah dijatuh hukum sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak buat rayuan untuk Pulau Batu Putih.
- Walaupun saya dijatuh hukum bersalah tiada sebarang tindakan akan diambil kerana faktor umur saya.
- Yang hukum saya bersalah ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.
- Yang umum saya tak perlu diambil tindakan ialah Datuk Seri Anwar.
- Ini bermakna Datuk Seri Anwar bukan sahaja PM, dia juga hakim dan juga pendakwaraya. Begitulah hebat kuasanya. Tetapi Perlembagaan tidak sebut Perdana Menteri boleh jadi pendakwaraya atau hakim.
- Dia kata umur saya 100 tahun kerana itu saya tidak didakwa walau bersalah. Ini maknanya saya dapat imuniti.
- Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan.
- Imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
23 Julai 2025
