TANGKAK: Seorang wanita maut akibat dikelar suaminya dengan pisau di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, di sini petang semalam.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an turut cuba membakar beberapa kenderaan dan rumah milik keluarga ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar malam tadi selepas membunuh isterinya.
Namun, suspek berjaya diberkas pihak polis pada pukul 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd. Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun tidak memberikan maklumat lanjut.
