JOHOR BAHRU: Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tasik Menawan, Taman Pelangi Indah di sini awal pagi ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shafie Md Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 9.44 malam tadi.
Seramai 14 anggota dari BBP Johor Jaya dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikejarkan ke tempat kejadian.
Mereka dibantu masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta utiliti dikejarkan ke tempat kejadian.

“Apabila sampai di tempat kejadian, terdapat dua selipar dipercayai milik mangsa, Muhammad Rayyan Iskandar Mohamed Hafizee yang berusia sembilan tahun dan Muhammad Khalish Rayqarl Hasimudi berusia 10 tahun.
“Pihak bomba melakukan pencarian dengan teknik water surface searching pada jarak 25 kaki di sekelompok tasik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, operasi kemudian diteruskan dengan PPDA dengan melakukan pencarian menggunakan teknik arch pattern pada jarak 25 kaki.
Beliau memberitahu, mangsa ditemui di bawah Batu pada kedalaman 10 kali kira-kira 5 meter dari tebing pada pukul 2.28 pagi.
“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – Majestic
