Enam penuntut UTM cemas, bas terbakar 

JOHOR BAHRU: Enam penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengalami detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar di kampus universiti tersebut, hari ini.

Difahamkan, pemandu bas terdengar bunyi letupan di bahagian belakang, sebelum memberhentikan bas untuk membuat pemeriksaan dan mendapati tayar belakang sebelah kanan terbakar serta cuba memadamkannya menggunakan alat pemadam, namun gagal

SEBUAH bas UTM dinaiki enam penuntut terbakar di kampus universiti awam tersebut di Skudai, Johor Bahru.

UTM dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku di perhentian bas, Jalan Lingkaran Ilmu berhampiran Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

“Tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan melibatkan penuntut mahupun staf. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiba dengan pantas dan berjaya memadamkan kebakaran.

“Siasatan dalaman sedang dibuat bagi mengenal pasti punca serta langkah pencegahan dan penambahbaikan akan diambil untuk mengelak insiden sama berulang,” demikian menurut kenyataan itu.

SEBUAH bas UTM dinaiki enam penuntut terbakar di kampus universiti awam tersebut di Skudai, Johor Bahru.

More From Author

Saya boleh kena sakit jantung jika menang – Rafizi

Mansuh kuasa Presiden benar ahli baharu bertanding – Rafizi