Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said, 91, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 6.05 petang tadi.
Berita sedih itu disahkan anak keduanya, Helmy menerusi perkongsian dalam media sosial Threads.
‘Innalillahi wainnailaihi rojiun’. Demikian perkongsian tersebut.
Allahyarham dilaporkan menerima rawatan di HKL sejak petang semalam akibat sakit tua selain menghidap diabetes dan jangkitan paru-paru.
MAJESTICNEWS mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.
