Sabah antara negeri diramal terus alami ribut, hujan lebat

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan sehingga 7 malam ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 4.10 petang itu, METMalaysia memaklumkan cuaca buruk dijangka melanda kawasan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, manakala Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin sementara di Johor membabitkan Segamat.

Di Sabah dijangka membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Di Sarawak merangkumi Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

More From Author

9 maut dalam kejadian tanah runtuh di Sabah

Amorim pengurus terburuk EPL