Safiq, Farizal ucap selamat tinggal kepada JDT

KUALA LUMPUR: Safiq Rahim dan Farizal Marlias mengucapkan selamat tinggal kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT) selepas beberapa tahun berkhidmat untuk skuad Harimau Selatan.

Perpisahan kedua-dua pemain itu diumumkan menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi JDT, yang mengiktiraf sumbangan mereka sepanjang bersama skuad tersebut.

Safiq, 37, menyertai JDT pada 2013 dan memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab itu termasuk mengetuai pasukan merangkul kejuaraan berprestij Piala AFC 2015.

Sepanjang 270 penampilan bersama JDT, pemain tengah itu menjaringkan 59 gol dan melakukan 68 bantuan gol serta menyumbang kepada pelbagai kejuaraan termasuk sembilan gelaran Liga Super, tujuh Piala Sumbangsih, empat Piala Malaysia, empat Piala FA dan satu Piala AFC.

Farizal, 38, yang menyarung jersi JDT sejak 2015 pula mengukuhkan reputasinya sebagai antara penjaga gol terbaik negara dengan mencatat 102 perlawanan tanpa bolos daripada 222 penampilan.

Sepanjang karier bersama JDT, Farizal memenangi 10 kejuaraan liga, sembilan Piala Sumbangsih, lima Piala Malaysia, empat Piala FA dan Piala AFC 2015.

Semalam, JDT mengesahkan pelepasan 11 pemain menjelang saingan Liga Malaysia musim 2025-2026 menerusi hantaran di media sosial. – MN

More From Author

‘Mencari Ramlee’ peluang gen alfa kenali seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

10 kelas terbakar, kanak-kanak tadika hilang tempat belajar