10 kelas terbakar, kanak-kanak tadika hilang tempat belajar

PONTIAN: Sebanyak 10 buah kelas di Tadika Adventist, di sini rosak dalam kebakaran, petang tadi.

Difahamkan kejadian berlaku pada pukul 2.45 petang.

Mujur ketika kejadian semua kanak-kanak telah tamat sesi pembelajaran dan hanya guru-guru yang masih berada di tadika tersebut.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Lama, Pegawai Bomba Kanan 1, Julia Sani berkata, tadika tersebut mengalami kerosakan sebanyak 70 peratus.

“Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan. – MN

More From Author

Safiq, Farizal ucap selamat tinggal kepada JDT

Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi