Pekerja kedai makan maut, remaja parah

KOTA TINGGI: Seorang pekerja kedai makan maut, manakala remaja 14 tahun parah dalam kemalangan di Kilometer 35, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 9.10 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha 135LC dinaiki kedua-dua mangsa dan kereta Perodua Aruz.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta berkenaan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 76 tahun keluar simpang.

“Semasa keluar simpang dari bandar Mas, motosikal berkenaan yang jalan lurus menghala ke Penawar tidak sempat mengelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibatnya motosikal ditunggang lelaki tempatan berumur 18 tahun dan pembonceng remaja berumur 14 tahun kemalangan.

Penunggang tersebut mendapat kecederaan parah di kepala dan badan serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat Shafiq Nazhiq Suradi dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat, manakala embonceng mengalami kecederaan yang sama dan dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Pemandu kereta berkenaan pula retak pada bahu kanan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun.- MAJESTIC

More From Author

Faizal Tahir ‘Serbu’ SOGO, Flashmob MAHA 2026 Meriah

Kembar siam Muhammad meninggal dunia