Kembar Siam, Muhammad, 28, yang pernah meraih perhatian dunia pada tahun 1998 dilaporkan meninggal dunia, semalam
Arwah meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras jam 10.45 pagi.
Berita pemergian menyedihkan ini dikongsikan oleh bapanya, Rosli di media sosial miliknya.
“Assalamualaikum saya Rosli ayah kepada Muhammad Rosli ingin memaklumkan anakda saya telah kembali kepada sang penciptanye pada pukul 10.45 am pada waktu Malaysia.
“Terima kasih yang tak putus putus mendoakan kesejahteraan beliau & hanya Allah yang dapat membalasnya.
Julai tahun lalu, Muhammad dikatakan menjalani rawatan di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.
Pasangan kembar Siam, Ahmad dan Muhammad yang bercantum pada bahagian badan meraih perhatian dunia pada 2002 apabila berjaya dipisahkan dalam satu pembedahan yang mengambil masa 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi tajaan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz, yang merupakan Putera Mahkota Arab Saudi waktu itu. Beliau kemudiannya menaiki takhta sebagai Raja Arab Saudi (Raja Abdullah).
Moga rohnya dicucuri rahmat.
