Konvoi kereta mewah ke Genting Highlands terbantut apabila seorang pekerja etnik Rohingya ditahan Jabatan Pengangkutab Jalan (JPJ) kerana memandu Honda Civic Type R tanpa lesen, kelmarin.
Lelaki itu dikesan di Plaza Tol Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) ketika berkonvoi bersama beberapa kenderaan lain, sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.
Pemeriksaan mendapati Civic Type R tersebut milik majikannya yang turut berada dalam konvoi sama dengan memandu sebuah Nissan GT-R.
Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam memberitahu, majikan itu membenarkan lelaki terbabit memandu Honda Civic itu.
Kereta itu kemudian disita bersama 22 kenderaan mewah lain.
Sepanjang operasi berkenaan, JPJ turut mengeluarkan 96 notis, kebanyakannya melibatkan cukai jalan tamat tempoh dan kenderaan tanpa perlindungan insurans.
Sumber: Sinar Harian
