STR akan dinaikkan, tapi bukan umum sekarang – Anwar

KULAI: Datuk Seri Awnar Ibrahim bersetuju supaya jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan lagi pada masa depan.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perkara tersebut tidak boleh diumumkan sekarang.

“Boleh, tapi tak boleh umum sekarang. Orang dah sokong Kerajaan Madani, kita bantu apa yang ada kerana kita tak berani, tak benarkan orang sakau rakyat punya duit.

“Duit balik pada rakyat ya. Tapi, you kena beraturkah (untuk dapat sumbangan daripada) program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), tak ada.

“You kena beraturkah STR (Sumbangan Tunai Rahmah)? Tak ada. Ada family dapat RM1,400, you beratur? Tak ada. Ada yang tinggi kalau anak ramai sampai RM1,800. Tak ada beratur,” katanya dalam Program Kita Geng Madani Anak Muda Bukit Batu di Jalan Tropika di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyindir tindakan kerajaan negeri Johor yang mengagihkan Bantuan Kasih Johor (BKJ) kepada rakyat menggunakan kaedah lama sehingga memaksa orang ramai beratur berjam-jam.

“Kalau tidak tahu (beri sumbagan ikut cara SARA atau STR) mahu buat macam mana, tukar kerajaanlah. Ada kata kalau tukar kerajaan habislah orang Melayu, saya jadi Perdana Menteri sudah tiga tahun lebih, habis ke Melayu,” soalnya.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan ditunjungi Pakatan Harapan (PH) baru tiga tahun memerintah dan tempoh itu terlalu singkat untuk memperbetulkan semua kesalahan kerajaan terdahulu yang sudah 65 tahun memerintah negara.

“Kita mahu bagi betul dua tiga tahun semua mesti betul, tak ada. Itupun dalam tiga tahun minyak sudah turun,” katanya. – MAJESTIC

More From Author

80 warga asing ditahan di kilang jam, makanan

Saya bukan datang Johor nak gaduh – Anwar