KULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Awnar Ibrahim menegaska, beliau datang ke Johor ketika ini bukan mencari gaduh tetapi untuk terus membantu rakyat.
Menurutnya, perubahan perlu dilakukan dan menerusi pilihan raya adalah cara untuk membantu rakyat menerusi tawaran yang diberikan.
Beliau berkata, kerajaan Persekutuan banyak membantu pembangunan dan kemajuan Johor menerusi peruntukan yang diberikan.
Pada masa sama beliau kesal kerana sehingga kini masih ada pihak yang melaga-lagakan antara kaum.
“Dia minta semua Cina gaduh sama Melayu. Kemudian, siapa untung? Ini orang atas untung. Dia suruh Melayu gaduh sama Cina, Cina marah Melayu, Melayu marah India.
“Kita gaduh sama-sama kita, yang besar-besar (orang atasan) sapu. Kita bukan bodoh. Apa pasal kita mau bodoh? Ini election, cara kita mau tolong.
“Apa, Johor tak tolong? Ada tolong. Duit banyak pun kita bagi daripada Persekutuan. Tapi kadang-kadang mereka cakap sombong. Saya bukan datang untuk gaduh-gaduh,” katanya dalam Program Kita Geng Madani Anak Muda Bukit Batu di Jalan Tropika di sini hari ini.
Justeru, beliau berharap semua pihak memahmi bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan medan untuk bergaduh, sebaliknya menjaga polisi sedia ada.
“Jadi, saya harap kawan-kawan faham, bahawa ini election mau jaga polisi. Bukan kita mahu gaduh parti-parti semua. Bukan.
“Saya (PH) menang Johor pun saya Perdana Menteri, kalah di Johor pun saya Perdana Menteri. Jadi, bukan saya sombong. Saya mau ingat sikitlah. You cakap cermat-cermat sikitlah. Wah, ini kalau orang cakap, lupa, jangan,” katanya.
Anwar turut berharap rakyat perlu bijak dan mengundi pilihan tepat supaya nasib anak cucu dan genrerasi akan datang slemat serta terpelihara.
Dalam nada berseloroh, Anwar berkata, Johor tidak sabar untuk mengadakan PRN walaupun penggalnya masih belum tamat lagi.
“Lagi cepat (buat PRN), lagi banyak dia ingat boleh menang. Eh, belum tentu. Lagi cepat, lagi banyak dia akan kalah!” katanya. – MAJESTIC
