KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) melancarkan Kempen Andalusia 7.7, menawarkan pelbagai diskaun menarik bagi pakej Umrah 1448H dan pakej pelancongan 2026 sepanjang tempoh tujuh hari bermula 1 hingga 7 Julai ini.
Kempen yang terbuka kepada semua pelanggan itu bertujuan memberi peluang kepada bakal jemaah umrah dan pelancong menikmati penjimatan istimewa menerusi pelbagai tawaran eksklusif, tertakluk kepada syarat dan terma yang ditetapkan.
Bagi memastikan ketelusan serta kebolehjejakaan setiap transaksi, semua pendaftaran yang layak perlu direkodkan menggunakan kod kupon rasmi 77ATTSB2026 dalam sistem ATOMS. Sebarang pendaftaran menggunakan kod selain yang ditetapkan atau dibuat di luar tempoh kempen tidak akan menikmati diskaun berkenaan.
Pelanggan boleh membuat tempahan secara dalam talian menerusi WhatsApp, hadir sendiri ke ibu pejabat Andalusia, mana-mana daripada 72 cawangannya di seluruh negara atau melalui pegawai pemasaran berdaftar rasmi.
Bagi pakej Umrah 1448H, kecuali pakej cuti sekolah, Andalusia menawarkan diskaun kumpulan sebanyak RM1,000 bagi setiap kumpulan tujuh orang dewasa yang mendaftar dalam satu resit serta membuat pembayaran deposit sepanjang tempoh kempen.
Selain itu, beberapa pakej Umrah terpilih turut menikmati potongan RM77 seorang, manakala bayi tidak termasuk dalam tawaran tersebut.
Kanak-kanak pula layak menerima potongan tambahan iaitu RM500 bagi yang berusia bawah 12 tahun dan RM400 bagi kanak-kanak bawah tujuh tahun tanpa katil, tertakluk kepada ruang diskaun yang ditetapkan.

Bagaimanapun, pihak pengurusan menjelaskan diskaun Kempen 7.7 tidak boleh digabungkan dengan promosi lain seperti Tawaran 25+1 atau diskaun RM200 bagi pendaftaran 10 orang. Potongan khas untuk pakej cuti sekolah juga tidak ditawarkan, kecuali diumumkan secara rasmi.
Sementara itu, bagi pakej pelancongan 2026, Andalusia menawarkan potongan RM77 seorang untuk semua pakej berkumpulan ke luar negara bagi tempoh perjalanan Julai hingga November 2026, pakej berkumpulan dalam negara, pakej houseboat Tasik Kenyir, pakej ground tanpa tiket serta pakej cruise blok kabin bagi tarikh terpilih.
Hotel Grand Lexis turut mengambil bahagian dalam kempen tersebut dengan menawarkan potongan RM77 bagi setiap malam atau unit untuk tempahan yang dibuat sebelum 30 Ogos 2026.
Menurut Andalusia, semua pelanggan yang ingin menikmati tawaran berkenaan diwajibkan membuat pembayaran deposit sebanyak RM300 seorang sepanjang tempoh kempen sebagai syarat pengesahan tempahan.
Katanya, tempahan tanpa deposit, bayaran yang tidak lengkap, pembayaran selepas tamat tempoh kempen atau transaksi yang gagal disahkan tidak akan layak menerima sebarang diskaun.
Sehubungan itu, orang ramai disaran meneliti terma dan syarat kempen serta memastikan penggunaan kod kupon rasmi 77ATTSB2026 ketika membuat tempahan bagi membolehkan mereka menikmati sepenuhnya manfaat yang ditawarkan sepanjang Kempen Andalusia 7.7.
