Onn Hafiz tiba di Istana Bukit Serene

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi tiba di Istana Bukit Serene, di sini bagi menghadiri Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Johor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu dilihat menaiki kenderaan rasmi dan tiba pada pukul 3.40 petang selepas meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana, di sini.

Onn Hafiz yang menerajui kemenangan besar BN dalam PRN Johor semalam dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

BN memenangi 48 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16 semalam.- MAJESTIC

More From Author

Seorang lemas, seorang diselamatkan semasa mandi di Sg. Senibong

Bersatu Johor ingin main peranan semak, imbang berkesan