Henti mainkan isu Najib, Rosmah – Zahid Hamidi

KLUANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pihak yang memainkan semula isu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai sudah tidak ada modal berkempen.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu meminta pihak terbabit yang memainkan isu berkenaan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikannya.

“Saya ingat kawan-kawan kita ini kurang modal ke apa? Saya ingat cukuplah benda tu. Cukuplah.

“Itu isu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dulu. Dah selesai dah. Ini Johor tau. Tumpu pada Johor,” katanya selepas Program Sesi Libat Urus Bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Johor di sini, hari ini.

Semalam, Rosmah dalam satu kenyataan mengecam keras tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang menyebarkan poster menggunakan wajah dan imejnya untuk tujuan kempen PRN Johor.

Rosmah menegaskan, Kor Ming yang juga seorang menteri seharusnya menunjukkan contoh politik matang dan bukan menyebarkan bahan fitnah serta manipulasi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengalu-alukan hasrat Pas yang bersedia menjalin kerjasama termasuk menyumbang kerusi kepada UMNO sekiranya BN tidak memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri pada PRN Sabtu ini.

“Baguslah. Insya-Allah ok,” ujar

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.- MAJESTIC

More From Author

Warga emas disamun di hadapan rumah

Onn Hafiz berjaya transformasikan Johor