Rumah, tiga kenderaan musnah dalam kebakaran

KOTA TINGGI: Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Felda Aping Timur di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kerana penghuninya tiada di rumah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Syukri Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 11.12 pagi.

Berikutan itu katanya, 12 anggota dar BBP Kota Tinggi dan BBP Penawar dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur kekal sebanyak 75 peratus, sebuah kereta jenis Honda FD terbakar 85 peratus dan dua buah motosikal Modenas serta Suzuki RG terbabkar sebanyak 90 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pukul 11.40 pagi dan operasi tamat pukul 12.46 tengah hari,” katanya dalam kenyataan.- MAJESTIC

More From Author

Kelengkapan Syawal musnah dalam kebakaran

17 termasuk 11 warga Singapura dicekup AKPS di BSI