JOHOR BAHRU: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faezuddin Puad
mempersoal kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran bersama-sama aktivis, Arun Dorasamy di mahkamah pagi ini.
Beliau yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pulai berkata, Kulasegaran wajib perlu memberi penjelasan tentang kehadirannya di mahkamah.
“Kita tak nak perkara ini memberi gambaran yang salah kepada rakyat, seolah-olah kerajaan memihak kepada Arun atau cuba menunjukkan sokongan politik terhadap beliau.
“Kita bimbang juga tindakan ini boleh rosakkan imej Kerajaan Madani dan Perdana Menteri di mata rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pagi tadi, Kulasegaran dilihat mengiringi Arun sewaktu tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp.
Arun didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menerusi video dimuat naik di Instagram miliknya.- MAJESTIC
