4 maut, 4 cedera dalam kemalangan

KOTA TINGGI: Dua maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di laluan berhampiran simpang FELDA Sungai Ara, di sini pagi tadi.

Kejadian dilaporkan kepada pihak bomba pada jam 8.57 pagi sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dan BBP Mersing dikejarkan ke lokasi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Azlan Hamzah berkata, dua kereta yang terbabit adalah Nissan Sentra dan Proton Saga.

“Terdapat seorang lelaki dan seorang wanita tersepit dalam kenderaan dan mereka kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Selain itu, tiga lelaki dan seorang wanita yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan operasi ditamatkan pada jam 10.18 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, siasatan lanjut berkaitan nahas itu sedang dijalankan.

More From Author

Persoal kehadiran Kulasegaran bersama Arun ke mahkamah

Kelengkapan Syawal musnah dalam kebakaran