Bekas jurutera didakwa cuba samun kedai emas, miliki senjata

JOHOR BAHRU: Seorang bekas jurutera didakwa atas enam pertuduhan cubaan melakukan samun ke atas kedai emas dan memiliki senjata berbahaya awal bulan ini.

Walau bagaimanapun, tertuduh, Teo Chun Siong mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang disebut secara berasingan di hadapan Majistret, A. Shaarmini dan dua hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan Mohd. Zamir Suhaimee, hari ini.

Di Mahkamah Majistret, Teo Chun Siong yang masih bujang didakwa cuba merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah paradigm mall, johor bahru jam 5 petang, 6 februari lalu.

Dia didakwa di bawah seksyen 393 kanun keseksaan.

jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda.

di dua mahkamah sesyen berasingan, teo chun siong turut didakwa atas lima pertuduhan memiliki tukul besi serta beberapa bilah pisau antara jam 5.30 petang hingga 6 petang di hadapan sebuah kedai emas serta di tempat letak kenderaan di pusat beli-belah yang sama pada tarikh sama.

Dia didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan sebatan.

ketiga-tiga mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan wang jaminan keseluruhan berjumlah empat puluh satu ribu ringgit.

3 Mac depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan p

Pendakwa raya, Nur Fatihah Mohd. Nizam, Shamira Mohd. Luthfi Ismail dan R. Navina, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Muhammad Mohd. Nasir dan Ahmad Yusri Ahmad Fuad. – Majestic

More From Author

Isa Samad kena jel 6 tahun, denda RM15.45 juta

Wanita hamil tiga bulan maut bersama rakan