Kes bunuh pempengaruh wanita Taiwan: Namewee direman 6 hari

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, direman selama enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata perintah reman terhadap Namewee dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

“Perintah reman ke atasnya (Namewee) dikeluarkan bermula hari ini 5 November hingga 10 November,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, Namewee, 42, menyerah diri di IPD Dang Wangi, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsi, 31.

Siasatan kes berkenaan yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR) ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

Mayat wanita terbabit ditemui dalam tab mandi bilik air di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, di sini, 1.40 petang, 22 Oktober lalu.

Semalam polis mengesahkan siasatan menyeluruh berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, berkenaan berikutan Namewee adalah individu terakhir yang berada bersama mangsa ketika kejadian. – BH

More From Author

KBS hati-hati elak FAM digantung FIFA

Slot puji semangat juang pemain, aura Anfield