KLUANG: Johor merupakan antara negeri yang menjadi penyumbang terbesar sektor pertanian negara, manakala daerah ini sebagai pengeluar utama bekalan makanan berasaskan tanaman di negeri ini.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd. Uzir Mahidin berkata, penggunaan teknologi dalam penghasilan dan keluasan tanah, membolehkan Kluang muncul antara penyumbang utama dalam sektor pertanian negara.
Katanya, dapatan ini diperolehi melalui statistik yang telah dikumpul melalui pelbagai mekanisme termasuk pelaksanaan banci pertanian yang dilaksanakan oleh pihaknya baru-baru ini.
“Kami akan terus melakukan kemaskini statistik ini untuk membolehkan pentadbiran ataupun usaha memperkasakan sektor pertanian negara agar dapat terus ditingkatkan.

“Apa yang dapat dilihat daripada data yang diperolehi, penggunaan teknologi dalam penghasilan dan aspek keluasan membolehkan Kuluang menjadi antara daerah yang penyumbang dalam sektor pertanian negara,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Sambutan Hari Statistik negara 2025 Peringkat Negeri Johor di Gunung Lambak Kluang hari ini.
Menurut beliau lagi, jika keluasan itu pertanian itu diusahakan dalam saiz yang besar, ekonomi of scale ataupun kos pengeluaran itu dapat direndahkan dan ini antara kelebihan-kelebihan bila sesuatu daerah itu mempunyai Perancang positif kepada pada sektor pertanian.
“Ia juga boleh menjadi faktor kelebihan untuk maju ke hadapan dan keterlibatan syarikat dalam sektor pertanian antara penyumbang dalam sektor pertanian negara kita,”Ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd Uzir menyatakan pihaknya akan melaksanakan Banci Ekonomi yang keenam, melibatkan seluruh negara, bermula Awal Mac tahun hadapan.
Tambahnya lagi, persiapan di peringkat akhir sedang dilaksanakan termasuk sesi latihan, libat urus bersama pemain industri dan persatuan peniaga.
“Bancian ini untuk menyokong perlaksanaan negara dalam dasar-dasar perindustrian negara dan juga untuk kita membantu inisiatif yang telah pun dinyatakan dalam RMK-13.
“Terdapat beberapa program yang perlu kita ukur keberkesannya misalnya bagaimana kita boleh melihat perkara berkaitan dengan renewable energy, idea yang berpotensi untuk kita lihat sebagai industri high growth,”katanya. – Majestic
