Lelaki Indonesia maut, pelajar cedera

BATU PAHAT: Seorang lelaki warga Indonesia maut, manakala seorang pelajar cedera dalam kemalangan dua motosikal di Batu 2, Jalan Kangkar Baru-Paloh, Yong Peng dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mendapati kejadian berlaku pukul 7.40 pagi.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa sebuah motosikal dari arah Kangkar Baru dan sedang menghala ke arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng.

“Apabila tiba di tempat kejadian semasa bergerak terus telah berlaku perlanggaran dengan sebuah motosikal yang tiba-tiba keluar simpang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Akibat perlanggaran tersebut menyebabkan penunggang motosikal yang keluar simpang iaitu seorang lelaki warga Indonesia berumur 48 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa tersebut katanya, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Klinik Kesihatan Yong Peng yang datang memberikan rawatan awal.

“Sementara penunggang motosikal yang bergerak terus iaitu seorang remaja lelaki berumur 17 tahun mengalami kecederaan di bahagian leher dan muka,” katanya. – Majestic

More From Author

Lima tahun kesusahan 103 murid Kampung Perigi Acheh berakhir

Darjah kebesaran Prof Emeritus Mohamad dari UKM ditarik balik