Janda dicekup bersama suami orang

BATU PAHAT: Seorang janda ditangkap berkhalwat dengan seorang suami orang dalam sebuah bilik hotel di sini malam tadi.

JAINJ memaklumkan pasangan itu ditangkap sedang bersekedudukan kira-kira pukul 12 tengah malam.

“Pihak penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu dibuka oleh pasangan itu yang berpakaian lengkap.

“Hasil semakan mendapati pasangan itu telah berada dalam bilik hotel yang disewa dengan harga RM200 itu selama lebih satu jam sebelum serbuan dilakukan,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Jelas JAINJ, susulan itu pasangan berkenaan akan disiasat atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu JAINJ memberitahu, pihaknya akan sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan samada di bilik hotel, rumah singgah selain akan bertindak segera kepada aduan diterima daripada orang ramai. – Majestic

More From Author

5 wanita bergaduh guna penyodok sampah, penyapu, gayung

Forest pecat Postecoglou