Fattah Amin, Amira nikah Ahad ini

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman, 32, mengesahkan akan bernikah, Ahad ini, iaitu hari kelahiran Fattah yang ke-35.

Fattah dan Amira berkongsi berita baik itu pada sidang media single duet terbaharu Rasa & Takdir dendangan Amira dan adiknya, Irfan Haris di Hotel Imperial Lexis, di sini.

Pada sidang media itu, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin membuat kejutan mengumumkan berita baik itu, sekaligus menamatkan spekulasi percintaan mereka, sejak beberapa bulan lalu.

“Saya mengumumkan kami akan bertukar status daripada sekerja kepada rakan serumah,” kata Fattah disambut tepukan gemuruh jemputan. – BH

More From Author

Pearly-Thinaah setaraf gandingan terbaik dunia

Lady Gaga ungguli MTV VMA 2025